Buat duit dengan Affiliate?
Buat Duit dengan Affiliate
Ya.. Hari ini saya akan kupaskan sikit mengenai Affiliate ni di mana mungkin ramai tak pasti macam mana boleh buat duit dengan Affiliate. Baiklah, bagi mereka-mereka yg baru nak berjinak-jinak mulakan perniagaan internet, pasti masih tak tau apa itu Affiliate. Sebenarnya boleh juga kalau saya cakap, menyertai Affiliate dikategorikan sebagai langkah permulaan penting atau asas untuk mula memahami selok belok bisnes dan mula jana pendapatan di internet. Ada antara IM yang berjaya mendapat hasil yang lumayan melalui Affiliate ini..
Sebelum pergi jauh, suka saya berikan sedikit hint.. Untuk menjalankan perniagaan internet tidak semesti kita perlu keluarkan modal. PERCUMA? ya, percuma dengan sertai Affiliate program. Namun begitu, ada juga Affiliate Program yg berbayar. bagi mereka-mereka yang kekurangan modal, sertai Affiliate program PERCUMA adalah langkah terbaik.
Apa itu Affiliate Program?
Baiklah, menyertai Affiliate program merupakan satu perkara asas di dalam Internet Bisnes. Benar, secara teknikalnya semua yang dilakukan berasaskan Affiliate. Sedikit sebanyak ianya mampu membantu kita pelajari selok belok di dalam Perniagaan internet. Bermula dengan Web Link ke teknik promosi seterusnya menerima komisyen. Program Affiliate bermaksud, kita menjadi agen pemasaran (orang tengah) dengan mempromosikan produk orang lain (samada milik personal atau syarikat) kemudian kita akan diberikan komisyen jika ada pembeli dari link affiliate kita. Kita sebagai agen Affiliate juga disebut sebagai Affiliate Marketer.
Pendaftaran agen Affiliate
Kita boleh mula mendaftar sekiranya program Affiliate ada di anjurkan oleh pengurus Affiliate (penganjur) Berikut adalah contoh borang pendaftaran Agen Affiliate. Kita diminta untuk mengisi ruang yang disediakan dengan lengkap untuk mengelakkan kegagalan dalam proses pembayaran komisyen kelak.
Mendapatkan Link Affiliate. Apa itu Link Affiliate?
Setelah selesai mendaftar, setiap agen Affiliate akan diberikan satu link Affiliate dimana ianya bertujuan untuk melakukan promosi. Login ke member area (sistem Affiliate) untuk mendapatkan Link Affiliate. Contoh Link Affiliate adalah seperti berikut:
http://www.panduanweb.niagasendiri.com/index.php?ref=wan adalah contoh Link Affiliate saya. Bahagian yang berwarna merah ?ref=wan di sebut sebagai ID Affiliate (tanda pengenalan) kita. Ianya berfungsi sebagai satu pengenalan diri agar Sistem Affiliate dapat mengesan segala aktiviti jualan yang kita lakukan.
Setiap Agen Affiliate akan diberikan satu ID Affiliate yang berlainan. Oleh itu, sistem Affiliate mampu mengesan dari siapa jualan yang telah dihasilkan. Kemudian data-data tersebut akan direkodkan oleh sistem bagi tujuan pembayaran Komisyen. Tanpa ID affiliate, Sistem Affiliate tidak dapat mengesan dan merekod jualan yang telah kita lakukan. Komisyen tak dapat pun. Rugi kan? Oleh itu sebelum melakukan promosi pastikan Link Affiliate kita adalah betul.
Penerangan mudah cara kerja dalam Affiliate marketing:
Mendaftar sebagai Agen Affiliate –> Link Affiliate diterima –> Promosi dilakukan –> Ada Pembeli dari Link Affiliate kita –> Sistem Affiliate dapat mengesan jualan dan data direkod –> Pengurus Afiliate akan menyemak jualan yang dilakukan –> Komisyen dibayar
Komisyen
Sebenarnya Komisyen yang diberikan adalah bergantung kepada Produk dan Penganjur Affiliate. Kebiasannya komisyen akan dibayar pada akhir bulan atau awal bulan berikutnya. Katakan nilai produk tersebut RM40, kita akan diberikan komisyen 50% dari penganjur. Bermakna komisyen yang kita perolehi adalam RM20 untuk setiap satu jualan. Cuba bayangkan kita berjaya menghasilkan 30 jualan dari Link Affiliate kita dalam masa sebulan. Bermakna kita berjaya peroleh RM 600 untuk tempoh sebulan. Rm600 pun ckup banyak bukan?
Kemudian Pihak Penganjur (pengurus Affiliate) akan lakukan semakan dan komisyen anda akan dibayar.
Bagaimana nak bermula?
Baiklah, untuk permulaan sekiranya anda berminat untuk mula menjana pendapatan dengan Affiliate anda boleh mula mendaftar percuma di niagasendiri.com/affiliates/ kemudian anda dah boleh mulakan promosi.
Tips melakukan promosi:
Sedikit tips dari saya untuk promosi, ini nasihat berbentuk amaran
hehe
1. lakukan promosi dengan cara yg betul, mcm mana tu? jangan lakukan SPAM. Spamming adalah satu kesalahan yg berat. oleh itu lakukan
2. Gunakan teknik pemasaran yang betul. kalau anda masih baru di dalam Internet Bisnes nah! ini saranan sy anda boleh dapatkan panduan email marketing PERCUMA di RahsiaEmail.com semoga bermanfaat.
3. Pemasaran di laman sosial. Anda ada Facebook? tahukah anda Fb merupakan laman sosial yg paling popular pada masa kini. anda boleh gunakan segala features yg ada untuk lakukan promosi. tapi ingat jangan SPAM pula..
4. Gunakan cara ofline pn boleh.. ikut kesusuaian anda..
5. Gunakan blog. tuliskan sdikit review.
Ops!.. sebelum terlupa, ini juga salah satu teknik mengelakkan anda kehilangan komisyen. Anda boleh memendekkan URL promosi (Link Affiliate) anda sebelum melakukan promosi.
Layari http://tinyurl.com/ kemudian masukkan Link affiliate anda.
Lepas tu Klik Make Tiny URL. URL anda akan dipendekkan menjadi pendek. contoh http://tinyurl.com/3678suq
Oh ya, kalau anda rasa post ini bermanfaat, jangan lupa klik pada butang “Share” di sebelah kanan atas ni ye.. terima kasih
| Print article | This entry was posted by Izuan on July 1, 2010 at 4:21 am, and is filed under Affiliate, RR MRR PLR, Tips dan Panduan. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |


















about 1 year ago
wah!!! saya baru je tulis mengenai affiliate kat blog saya.. hehe.. bolehlah tgk kat link saya ni..
http://mohdfarid.wordpress.com/2010/06/28/apa-itu-program-affiliate/#more-33
tapi belum detail lg.. hehe..
thanks..
[Reply]
Izuan Reply:
July 1st, 2010 at 10:39 am
hehe.. da tgk da.. lebih detail tu..
ringkas dan padat.
[Reply]
about 1 year ago
terima kasih dengan info ni.. sekadar berkongsi.. nak memendekkan link boleh juga menggunakan bit.ly atau adf.ly..
[Reply]
Izuan Reply:
July 6th, 2010 at 1:02 pm
yehh sama-sama.. harap bermanafaat.. ada banyak sebenarnye yg boleh kita gunakan utuk pendekkan URL.. tu salah satu tips untuk elakkan komisyen affiliate kita hilang.. trima kasih atas tambahan info tersebut bro..
[Reply]
about 1 year ago
bagi seorang blogger yang tidak pandai menghasilkan produk sendiri seperti saya, income dari affiliate memang sumber yang terbaik!
yang penting mesti memilih pengeluar produk yang baik dan ada reputasi supaya nama kita yang mempromosikan tak terjejas
[Reply]
Izuan Reply:
July 6th, 2010 at 1:11 pm
yess.. terima kasih bro Nasrul. Memang betul. Nak promosi produk orang lain yang paling penting kita kena tahu dulu baik buruk sesuatu produk tu.
Perlu pilih produk yang berkualiti dan ada permintaan je, susah jugak kalau kita dok promosi produk org tapi xde orang nak beli. :8
[Reply]
about 1 year ago
salam tuan rumah..
wah tentang cik affilite lagi ehhee..satu ilmu yang cukup bagus sekali.
[Reply]
Izuan Reply:
July 17th, 2010 at 8:33 am
waalaikumsalam tetamu yg hadir.. terima kasih eheh, yeh mungkin da bnyak crita pasal Affiliate.. aggap nak penuhkan isi rumah je biar senang tetamu lain datang mengodek-godek terjumpa isi rumah ni.. hehe sekurang-kurangnya boleh kongsi sikit bagi mereka2 yang tak tahu..
p/s: Blog anda juga penuh informasi berguna.. slalu jugak menjenguk.. nway suke tgk themes tu.. ;D
[Reply]
about 1 year ago
aku dgn affiliate ni tak berapa menjadi..x tahulah silap kat mana hohoho
[Reply]
Izuan Reply:
August 18th, 2010 at 2:19 am
hehe.. takpe bro. Asal mencuba dan tak ptus asa.
InsyaAllah rezeki tu ada. cuba lihat kalau otai2 IM lakukan Affiliate.
[Reply]
about 1 year ago
Bagus artikel ni, rajin kau buat, byk keja tu, grafik dan isi nya. tahniah
[Reply]
about 1 year ago
hehe.. terima kasih bro..
kadang2 tak sempat nak menaip. so buat je apa yg termampu.
blog bro bnyak artikel yg bermanfaat. tahniah juga bro
[Reply]
about 1 year ago
aku kalau affiliate ni aku baru dpt satu sales je..
untung la RM15..hehe
[Reply]
Izuan Reply:
September 3rd, 2010 at 1:23 am
hehehe.. wahhh bagus la tu. RM15 tu banyk juga bro.
ku dulu wat x dpt hasil pn.. then malas nak buat. skrg ni baru stat ngn ppl n pps. alhamdulillah.. walaupun sikit tak banyak ku ckup berpuas hati. jangan putus asa yg pnting.. keep it bro! tahniah!
[Reply]
about 12 months ago
bro nak tanya saya berminat sangat dengan affilliat ni tapi tak tahu software yang di gunakan tu beli atau buat sendiri ke?
[Reply]