Posts tagged Panduan Asas WEB
Masalah para Newbie.. Tolong.
Apr 7th
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Dah lama agaknye sy tak update blog akibat kekangan masa. Siang bekerja.. malam penat kadang-kadang nak online pun susah. konon-konon sibuk hehe.. sebenarnya agak sibuk jugak la sebab dah mula merancang untuk melakukan sesuatu yg baru. Apa tu? huhu.. rahsia.. Jom sertai sy di MukaBuku
Dalam keadaan yg sibuk mcm ni, sy sempat menelaah masalah-masalah yg sering dihadapi oleh newbie.. Nak kata sy ni selalu mengkaji tak juga.. Tapi agak banyak juga email2 yg sy terima. Kalau sy boleh senaraikan semuanya lagi elok.. tapi setakat ni, ni lah yang kerap kali masalah yang diajukan: (sy susun ikut turutan, yang paling atas yg paling bermasalah.. hehe )
- Saya kekurangan modal, macam mana nak mula?
- Bro, sy minat tapi sy x pndai English..
- Ajar sy buat web/minisite/web jualan boleh? susah la kod2 tu..
- Saya minat nak buat duit online mcm tuan, tapi tak tau nak stat mcm mana..
- Ajar saya cara buat ebook?
- Autoresponder tu apa? Penting ke?
- Eh.. Macam mana nak promote?
- Bukan Perniagaan Internet ni banyak yg tipu ke?
- Macam mana nak buat blog mcm tuan? FREE ke?
- Affiliate dgn Adsense tu same ke? - Saya tak ada kad debit or kad kredit, macam mana nak buat??
- Dan lain-lain..
Mungkin ada lagi More >
Panduan Asas website
Jan 12th
Salam sejahtera kawan2.. hehe.. lama dah x post. sekarang agak sibuk sikit dgn projek baru. nak tgk blog pn tak ada masa daa. sedih betul.. tapi alhamdulilah, dalam masa kesibukan mcm tu sy masih dapat beri tunjuk ajar mereka-mereka yang nak belajar buat website. Minta ampun ye kalau mesej tak terbalas, panggilan tak terjawab. tak disengajakan..
Dalam waktu-waktu sibuk macam tu, sy sempat juga menjalankan sedikit kajian (saja-saja) mengenai pembangunan laman web.. bukan mudah untuk faham dan bukan susah untuk mencuba.. Hasil daripada kajian tu rata-rata ramai yang berminat untuk berniaga online dan ramai yang nak belajar buat web.. betul.. tahun lepas sy berjaya mengumpul list seramai 700 dalam masa 2 setengah bulan. ramai yang nak dapatkan panduan/tutorial percuma. Yelaa.. Free kn. Sape tak nk? he3.. Apa yg sy berikan adalah tutorial PERCUMA menjalankan perniagaan internet. ianya merangkumi cara-cara asas setup web sendiri menggunakan NVU, panduan penggunaan Autoresponder dan beberapa teknik promosi yang berkesan..
Bagi mereka-mereka yang berminat, sila dapatkan tutorial tersebut di sini. Mudah dan praktikel.
bercakap pasal Autoresponder, mungkin ramai yang dah tahu kebaikan dan keperluannya. bagi mereka-mereka yang tak ada modal nak bayar bulan2 perkhidmatan Autoresponder, anda boleh cuba gunakan skrip yang boleh dipasang sendiri pada hosting anda. More >



Komen Terkini