Kali ini sy nak menaip sikit mengenai Perniagaan Tanpa Produk Sendiri. mungkin ada yg sudah tahu dan mungkin ada yg masih tak tahu. dan pastinya masih ramai yg belum kenal apa itu RR, MRR dan PLR.

Niaga tanpa Produk sendiri bukanlah bermakna kita mncuri atau menciplak produk orang lain. Mungkin ada yg beranggapan sebegitu.. Sebenarnya tidak. Menjual Produk orang lain bermakna kita diberi lesen untuk jualan semula dan mendapat keuntungan 100%. Menarik bukan? yeh.. Anda tidak perlu bersusah payah untuk mencari idea untuk mulakan Biz di internet. Anda akan tahu kelebihan produk2 tersebut.. kenapa ianya sgt2 menguntungkan anda. tak percaya? teruskan bacaan anda..

Apa itu RR, MRR dan PLR itu?

1. RR ialah singkatan bagi Resell Rights yang bermaksud anda mendapat hak (lesen) untuk menjual semula produk kepada orang lain. Tetapi anda tiada hak untuk memberi lesen jualan kepada sesiapa. lesen yg diberi hanya untuk anda seorang sahaja.Perkara terpenting dan wajib diberi perhatian–> anda tidak dibenarkan sama sekali mengubah walau satu ayat pun ke atas produk tersebut. kebiasaanya anda hanya dibenarkan untuk mengubah ayat pada web jualan sahaja. Nama “tuan Empunya produk” juga sama sekali tidak boleh di ubah.. (lesen jualan je diberi, produk bkan hak korang)

Macam mana nak dapat?

Anda boleh dapatkan lesen jualan RR hanya daripada tuan punya produk sahaja. Kebiasaanya,  harga untuk untuk lesen RR adalah tinggi Dan hnya beberapa lesen sahaja yg dijual untuk mengelakkan persaingan.

2. MRR (Master Resell Rights)… Haa.. yg ni agak istimewa sikit. Lesen jualan anda dapat, anda boleh juga dapt keuntungan 100%. Lesen jualan yg diberi anda boleh berikan juga kepada orang lain samada anda beri lesen RR atau MRR. keistimewaannya hanya terletak pada lesen yg diberikan. Senang cakap, anda boleh jual. orang lain yg beli produk tersebut dari anda juga boleh jual. =) Tetapi untuk produk jenis MRR ni anda tak boleh juga menukar sebarang ayat ke atas produk tersebut. anda tak boleh mengaku bahawa itu adalah produk anda. (malulah kalau ngaku produk sendiri.. hehe)

Mana nak dapat?

mm.. sama juga. Dari tuan tanah tu sndiri.. hehe.. atau pun dari pengedar2 yg sah sahaja. Perlu di ingat. Produk jenis ni adalah terhad untuk beberapa orang sahaja. bergantung kepada budi bicara tuan tanah.. :lol:

3. PLR itu private whizz Pivate Label Rights :mrgreen:   Perkra utama yg anda perlu tahu. Produk ni adalah teramat kurang di Malaysia.Kalau ada pn hanya beberapa produk sahaja. (Rujuk pada bro Julius atau pun Bro Abooain antara IM tegar dalam produk PLR) Anda diberi lesen PLR bermaksud,  anda diberi hak untuk jualan semula dan boleh memberi lesen jualan semula kepada orang lain (pelanggan) samada lesen RR, MRR, atau PLR juga.. PLR juga sebagai produk yg paling best dimana anda boleh mengubah isi kandungan ke atas produk tersebut. Anda boleh mengaku itu produk anda. (senag cakap, korang boleh buat apa sahaja terhadap produk tersebut selagi korang terdaya laa.. :P )

Mana nak dapat?

mcm yg sy cakap td. ianya terlalu kurang di Malaysia. Rujuk juga pada tuan tanah ok.. :wink:

Kebiasaannya, bagi produk2 RR. MRR dan PLR ni anda akan diberikan laman web jualan. Anda hanya perlu mengedit. ( letak nama, tukar link URL, tambah Bonus dsb) anda tak perlu susah2 bina web jualan sendiri. Tak hairan lah ramai org kata Produk sebegini sebagai produk penyelamat bg para newbie seperti sy dan anda semua.. :o

Lagi satu, bila da dapat lesen jualan tu jangan lupa semak TOS yg diberi oleh tuan empunya produk (tuan asal) baca dan fahamkan. jangan sesekali melanggar peraturan yg dah ditetapkan.

so.. akhir kata, bagi mereka2 yang nak mulakan biz internet ni  jgnlah takut2. Bantuan tu sentiasa ada.. :D gunakan kelebihan yg ada.. mulakan biz anda dengan RR, MRR atau pun PLR.. kalau rasa2 dah ada produk sendiri jgn lengah2 masa anda. Hari besok tak semestinya terbaik.. ok.. wassalam.. 8)

Related Posts with Thumbnails