Episod Permulaan
Assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera sahabat2..

NiagaSendiri.Com
Mmm.. ape yg nk ditulis ni.. ok, setelah penat bertungkus lumus selama beberapa hari akhirnya berjaya juga saya menyiapkan NiagaSendiri.Com ini. Penat dan letih tak terkira. siang malam mengadap PC (Bila free je).. arhh.. lega.Dan secara rasminya pula, bermulalah pula kerjaya baru saya iaitu sebagai ‘part time blogger’ terima kasih juga kepada saudara zul SmartUsaha, dengan adanya Pakej Kit Blogger beliau yang banyak membantu saya menyiapkan blog ini. Perasaanku girang dan bahagia hehe. saya berpuas hati kerana dengan adanya blog sndiri Insyaallah sama2 dapat membantu sahabat2 semua dalam pembangunan laman web (the basic) hinggalah terteranya web pertama anda di server.
Ianya merangkumi teknik-teknik, tips dan panduan memulakan perniagaan di internet.. cuma sebagai nasihat saya, kita jangan mudah putus asa. Insyaallah berjaya.
Sebagai tanda perkenalan pertama buat pembaca terawal NiagaSendiri.Com ini, adalah lagi elok saya kongsikan suka duka sedikit pengalaman saya dalam menyiapkan NiagaSendiri.Com ini dan juga secara ‘directnya’ penglibatan saya dalam perniagaan internet ini. Walaupun tak seberapa tp ianya cukup membanggakan kerana itu adalah hasil usaha saya sendiri. Itulah ‘RM1′ pertama saya dalam perniagaan internet, Hurmm, kita nk stat dari mana dulu ye? Ok, saya cerita dulu ‘Penglibatan’ saya dalam bisnes internet ni…
Saya mula mengenali perniagaan internet ni sejak di akhir tahun 2008 (hampur setahun), pada masa itu sy tidak tahu apa-apa pasal ‘Biz Internet’(blank, blur dsb) apatah lagi bina website or blog. Ianya terjadi secara tak sengaja setelah saya terbaca satu sales letter mngenai biz internet tetapi lebih kepada Bisnes gaya Pos. Ayat-ayat caer power gila memukau “menjana pendapatan melalui internet” betul2 mengujakan. Biar betul ni? mcm tipu ja.. “TAPP” trus tutup suis hehe. Dlm hati ni masih ada prasaan ingin tau, btol ke boleh buat duit dari internet? Selepas tu, saya benar – benar berusaha mencari seberapa banyak info mengenai perniagaan internet ini termasuklah bab-bab pembangunan laman web.. Aduh, memang lemah.. Saya juga ada mendapatkan seberapa banyak ebook dari dalam dan luar negara yang berkaitan baik yang berbayar mahupun yang percuma sampai penuh hardisk. kepala dah naik tepu dah tak tau nak buat yang mana satu.
Betul kata pakar-pakar IM ‘bila dapt sesuatu ilmu (tak kira la ilmu marketing atau tak) itu praktik-praktikanlah jgn disimpan’ sampai blur saya dibuatnye, banyak yang cuba saya buat dan lama juga saya cuba belajar. Dan dari situ la baru saya kenal beberapa IM tersohor (mereka tak kenal saya). Walaupun dalam keadaan masih blur begitu pada awal bulan Julai 2009, berkat nasihat beberapa orang sifu.. saya mula fokus! Iaitu, belajar bina dan memiliki satu laman web sendiri. Saya juga menyertai program affiliate dan melakukan promosi di website saya tu. Dari situlah saya mendapat Rm1 pertama saya.
Itu da cukup da bagi saya. bukan senang nk senang rupanya. hehe.. Apabila saya dah pun merasa RM1 pertama dari website saya tu, saya bertekad untuk teruskan perjuangan dalam IM ni, walaupun agak sukar jalan yg ditempuh.. ushhhh.. kini saya sedang mempelajari sesuatu yang baru. Dan Insyaallah bakal menyusul saya akan kongsikan dengan anda semua. harap boleh membantu sesiapa yang ingin memulakan perniagaan mereka sendiri.. Sekali lagi terima kasih kepada saudara Zul SmartUsaha
“sahabat.. bukan senang sebenarnya untuk membina kejayaan sendiri tanpa dibantu oleh sesiapa. Ia memerlukan kesungguhan, kesabaran, ketekunan dan paling penting ialah FOKUS.. Diharap dengan adanya NiagaSendiri.Com boleh membantu sahabat memulakan bisnes sabat semua”
Saya yang ikhlas,
izuan NiagaSendiri
| Print article | This entry was posted by Izuan on December 1, 2009 at 6:44 pm, and is filed under Episod Pengenalan, Umum. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |











about 1 year ago
Now more that ever you can
[Reply]
Izuan Reply:
February 22nd, 2010 at 6:58 pm
Tnx..
:
[Reply]
about 1 year ago
awal yang baik
[Reply]
Izuan Reply:
February 22nd, 2010 at 7:00 pm
salam bro.. trimass
apa2 kita share nanti.. sy masih belajar2 lagi ni.. harap boleh membantu.. hehe :8
[Reply]