RR MRR PLR
Buat duit dengan Affiliate?
Jul 1st
Buat Duit dengan Affiliate
Ya.. Hari ini saya akan kupaskan sikit mengenai Affiliate ni di mana mungkin ramai tak pasti macam mana boleh buat duit dengan Affiliate. Baiklah, bagi mereka-mereka yg baru nak berjinak-jinak mulakan perniagaan internet, pasti masih tak tau apa itu Affiliate. Sebenarnya boleh juga kalau saya cakap, menyertai Affiliate dikategorikan sebagai langkah permulaan penting atau asas untuk mula memahami selok belok bisnes dan mula jana pendapatan di internet. Ada antara IM yang berjaya mendapat hasil yang lumayan melalui Affiliate ini..
Sebelum pergi jauh, suka saya berikan sedikit hint.. Untuk menjalankan perniagaan internet tidak semesti kita perlu keluarkan modal. PERCUMA? ya, percuma dengan sertai Affiliate program. Namun begitu, ada juga Affiliate Program yg berbayar. bagi mereka-mereka yang kekurangan modal, sertai Affiliate program PERCUMA adalah langkah terbaik.
Apa itu Affiliate Program?
Baiklah, menyertai Affiliate program merupakan satu perkara asas di dalam Internet Bisnes. Benar, secara teknikalnya semua yang dilakukan berasaskan Affiliate. Sedikit sebanyak ianya mampu membantu kita pelajari selok belok di dalam Perniagaan internet. Bermula dengan Web Link ke teknik promosi seterusnya menerima komisyen. Program Affiliate bermaksud, kita menjadi agen pemasaran (orang tengah) dengan mempromosikan produk orang lain (samada milik personal atau syarikat) kemudian kita akan diberikan komisyen jika ada pembeli dari More >
Niaga Tanpa Produk Sendiri?
Dec 20th
Kali ini sy nak menaip sikit mengenai Perniagaan Tanpa Produk Sendiri. mungkin ada yg sudah tahu dan mungkin ada yg masih tak tahu. dan pastinya masih ramai yg belum kenal apa itu RR, MRR dan PLR.
Niaga tanpa Produk sendiri bukanlah bermakna kita mncuri atau menciplak produk orang lain. Mungkin ada yg beranggapan sebegitu.. Sebenarnya tidak. Menjual Produk orang lain bermakna kita diberi lesen untuk jualan semula dan mendapat keuntungan 100%. Menarik bukan? yeh.. Anda tidak perlu bersusah payah untuk mencari idea untuk mulakan Biz di internet. Anda akan tahu kelebihan produk2 tersebut.. kenapa ianya sgt2 menguntungkan anda. tak percaya? teruskan bacaan anda..
Apa itu RR, MRR dan PLR itu?
1. RR ialah singkatan bagi Resell Rights yang bermaksud anda mendapat hak (lesen) untuk menjual semula produk kepada orang lain. Tetapi anda tiada hak untuk memberi lesen jualan kepada sesiapa. lesen yg diberi hanya untuk anda seorang sahaja.Perkara terpenting dan wajib diberi perhatian–> anda tidak dibenarkan sama sekali mengubah walau satu ayat pun ke atas produk tersebut. kebiasaanya anda hanya dibenarkan untuk mengubah ayat pada web jualan sahaja. Nama “tuan Empunya produk” juga sama sekali tidak boleh di ubah.. (lesen jualan je diberi, produk bkan hak korang)
Macam mana nak dapat?
Anda boleh dapatkan lesen jualan RR More >
