Niaga Internet
Tiga cara untuk mewujudkan niche sendiri.
Dec 9th
niche
Tiga cara untuk mewujudkan niche sendiri.
Kebanyakan dari newbie internet Marketer terlalu takut untuk melakukan sesuatu yang baru. Mereka terlalu baik dan membiarkan para otai menguasai hampir semua pasaran. Akhirnya, para otai menghasilkan produk dan para newbie menjadi affiliate. Sekarang, anda perlu jadi bijak dan perlu pandai membaca suasana.
Berikut adalah tiga cara bagaimana hendak mewujudkan niche anda sendiri.
Pertama : Kebebasan.
Jika anda hendak mewujudkan niche anda sendiri, anda boleh fokus pada kebebasan. Kebebasan bermaksud sesuatu yang memberi peluang kepada pengguna internet melakukan sesuatu yang agak sukar pada mereka. Contohnya adalah software autoblog iaitu memberi peluang pada penggunanya untuk update blog mereka secara automatik.
Contoh lagi satu adalah Software blog comment di mana boleh membantu penggunanya melakukan backlink tanpa bersusah payah. Selain software berkenaan niche IM, anda juga boleh mencipta software lain seperti software televisyen, software handphone dan lain-lain lagi. Cara untuk mewujudkan niche baru melalui sistem ini adalah dengan mencari satu masalah yang biasanya di hadapi oleh orang ramai dan wujudkan kebebasan berpandukan masalah tersebut.
Tulis 10 masalah yang anda hadapi dan kemudian anda pilih beberapa masalah darinya dan cipta software atau script atau kaedah tertentu untuk mewujudkan kebebasan pada masalah tersebut. Katakan salah satu minat anda adalah mendengar lagu hip hop dan anda menghadapi More >
